Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    B4B: 11 keluarga terima sumbangan barang keperluan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JAN – Persatuan KamiPrihatin, baru-baru ini, telah mengadakan Bruneians for Bruneians (B4B): Covid-19 Relief fasa kelima di mana sumbangan barang keperluan bernilai $768.90 telah disalurkan kepada 11 buah keluarga.

    Menurut kenyataan yang diberikan, fasa kali ini dilaksanakan di Kampung Kiarong selama dua hari dengan pertama tertumpu kepada pembungkusan barang-barang keperluan dapur dan hari kedua tertumpu kepada pengagihan sumbangan.

    KamiPrihatin dengan kerjasama Pemangku Ketua Kampung Kiarong, Awang Muhammad Shair bin Haji Samsuddin mengagihkan sumbangan kepada keluarga terpilih di kampung berkenaan.

    Senarai keluarga-keluarga yang dipilih oleh ketua kampung untuk menerima sumbangan adalah keluarga yang terjejas akibat COVID-19.

    Program berfasa berkenaan dilancarkan pada April 2020 dengan matlamat dan objektif untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga-keluarga yang terjejas oleh COVID-19, di samping menyebarkan kesedaran dan harapan bahawa kerja-kerja kemanusiaan masih wujud.

    Fasa seterusnya yang dalam perancangan adalah aktiviti pembaikan rumah yang akan dilakukan dengan kerjasama sebuah syarikat tempatan.

    Barang sumbangan diagihkan kepada para penerima. – Gambar serahan KamiPrihatin
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...