Sunday, September 24, 2023
27.8 C
Brunei

    -

    B8 Veteran Brunei sertai kejohanan bola sepak antarabangsa

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JUN – Bagi memberikan pendedahan di peringkat antarabangsa kepada para pemain negara serta mengeratkan silaturahim, Pasukan B8 Veteran Brunei hari ini berlepas meninggalkan negara untuk menyertai Kejohanan Bola Sepak Antarabangsa 7 Orang Sepasukan Interact Recreation Club (IRC) Negeri Sembilan ke-11, 2023.

    Ini merupakan kali ketiga pasukan tersebut menyertai acara jemputan IRC Negeri Sembilan yang akan diadakan selama dua hari bermula esok, di Arena IRC Negeri Sembilan, Malaysia. Rombongan diketuai oleh pengurus pasukan, Haji Rosli bin Haji Nadi dan penolong pengurus pasukan, Awang Baharuddin bin Bahrun.

    Sebanyak 16 pasukan mengikuti pertandingan tersebut termasuklah Penang Sport Club, Royal Selangor Club, AA Miami Florida USA, Nirajni FC Johor, BG Sport Club Maldives, Maldives Soccer Mates, MRM Selangor, Kelab Aman FC, Wahana FC Indonesia, Royal Sungei Juong Club, EX Selangor dan PMJ Panthers Penang di mana Pasukan B8 Veteran Brunei ditempatkan dalam Kumpulan C bersama MPKE Selangor, IRC Negeri Sembilan dan SC Melaka.

    Terdahulu, satu majlis penyerahan jersi baharu kepada para pemain telah diadakan dan disampaikan oleh Haji Rosli dan Awang Baharuddin di mana jersi tersebut ditaja oleh SSF Automobile, AS SAFA, H-SAF Securecomm Company dan Syarikat Nurul Arnie Enterprise.

    Gambar ramai Pasukan B8 Veteran Brunei menjelang Kejohanan Bola Sepak Antarabangsa 7 Orang Sepasukan IRC Negeri Sembilan ke-11, 2023. – Gambar serahan Haji Rosaimi Haji Lamit
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...