Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 18 MEI – Sub Varian Omicron BA.4 dan BA.5 setakat ini tidak dikesan dan hanya BA 2 di Negara Brunei Darussalam.
Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar mengongsikan perkara tersebut semasa menjawab pertanyaan pada sidang media mengenai dengan pengesanan subvarian baharu Omicron yang berlaku di negara jiran, hari ini.
Menurut Yang Berhormat Dato, varian tersebut telah pun menular di negara sebelah barat di mana menunjukkan ia mudah merebak berbanding BA.1 dan BA.2 tetapi hanya dengan perbezaan peratus yang sedikit sahaja.
Yang Berhormat Dato juga menjelaskan bahawa varian tersebut tidak menunjukkan kesan yang lebih teruk berbanding BA.1 dan BA.2. Oleh yang demikian, pihak kerajaan akan memantau dengan melakukan genome sequence, tambah beliau.
Setakat ini, sebanyak 800 ke 1000 kes positif yang melakukan PCR telah mendapati hanya BA 2 sahaja yang dikesan di negara ini.