BA hentikan operasi Boeing 747s

LONDON, 17 JULAI – ‘Ratu langit’ tidak lagi mengenakan bendera merah, putih dan biru Union Jack selepas British Airways (BA) menghentikan operasi Boeing 747 pada hari ini akibat pandemik koronavirus.

Syarikat penerbangan itu, yang merupakan operator terbesar model jet 747-400 di dunia, telah pun merancang untuk menghentikan armada 31 jet tersebut pada 2024.

Namun pandemik, yang melihat kebanyakan kapal terbang di dunia terkandas selama tiga bulan, telah mempercepat pemberhentian operasi, terutamanya apabila timbul ramalan mengenai jumlah penumpang yang akan berkurangan pada tahun-tahun akan datang.

“Dengan rasa sedih kami mengesahkan kami akan menghentikan operasi seluruh armada 747 kami bermula hari ini,” kata BA dalam satu kenyataan. – AP