Baby Shima kesal dijadikan bahan kecaman warganet

Penyanyi Baby Shima meluahkan rasa kesal apabila dirinya sering dijadikan sasaran dan bahan kecaman warganet yang seolah-olah cuba menyebarkan kebencian terhadap dirinya.

Menerusi satu perkongsian yang dilakukan di laman Instagram miliknya, Baby Shima, 29, yang turut mencipta nama di Indonesia berkata, dia tidak pasti apakah kesalahan yang dilakukan sehingga diperlakukan sedemikian.

“Kadang-kadang terfikir juga kenapa ramai benci saya sedangkan saya tak pernah kacau orang lain, rumah tangga orang, keluarga orang, minta duit mak ayah awda semua. Tak pernah,” ujarnya.

Mengakui sudah tidak kuat untuk berdepan situasi itu, penyanyi yang popular dengan lagu Pura Pura Bujang itu meminta warganet memahami situasinya.

“Terus terang saya cakap sudah tak kuat dengan apa yang saya dah lalui sekarang. Boleh tak anda semua rasakan apa yang saya rasa,” soalnya.

Menijau ruangan komen, ternyata perkongsian Baby Shima itu telah menarik perhatian para pengikut dan rakan-rakan selebritinya.

Masing-masing cuba memberikan kata-kata semangat buat Baby Shima dan meminta agar penyanyi itu tidak terlalu mengambil peduli apa yang diperkatakan warganet. – Agensi

Baby Shima meluahkan rasa kesal apabila dirinya sering dijadikan sasaran dan bahan kecaman warganet yang seolah-olah cuba menyebarkan kebencian terhadap dirinya. – Agensi