Baca Surah Al-Khafi dalam talian

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OGOS – Seramai 25 orang jemaah Masjid Rashidah Sa’adatul Bokiah (MRSB), Kampung Sungai Akar, hari ini, menyertai bacaan Surah Al-Khafi dan Doa Terhindar daripada Penyakit COVID-19 yang diadakan menerusi platform Zoom.

Antara yang ikut serta dalam membaca Surah Al-Khafi itu ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Bacaan Surah Al-Khafi dan Doa Terhindar daripada Penyakit COVID-19 berkenaan diadakan selepas sembahyang fardu Subuh pada setiap Jumaat.

Walaupun masjid-masjid, surau dan balai ibadat ditutup sementara, tapi ia tidak menghalang jemaah masjid untuk terus membuat aktiviti keagamaan secara dalam talian.

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan bersama jemaah MRSB menggunakan platform Zoom bagi membaca Surah Al-Khafi dan Doa Terhindar Daripada Penyakit Covid-19 selepas solat Subuh.