Friday, December 1, 2023
29.6 C
Brunei

    -

    Baca zikir, doa sebelum mulakan perjalanan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 NOV – Jalan raya hendaklah dijadikan sebagai penghubung destinasi yang selamat dan pentingnya untuk membaca zikir dan doa sebelum membuat perjalanan dan ketika hendak memandu sebagai usaha, benteng dan mengharap pertolongan daripada Allah SWT.

    Dalam pada itu juga, menghindari punca-punca kemalangan adalah menepati Maqasid Al-Syariah yang menekankan pemeliharaan terhadap nyawa dan harta benda. Bahkan bertepatan dengan kaedah feqiyah dalam erti kata kemudaratan itu mestilah dihilangkan dan dielakkan.

    Perkara tersebut antara inti pati tazkirah yang disampaikan oleh Ketua Unit Kaunseling dan Kefahaman Agama, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Saharuddin bin Haji Patra, semasa acara Malam Munajat secara fizikal yang diadakan di Masjid Ash-Shaliheen.

    Acara munajat kali ke-112 anjuran KHEU dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC), kelolaan Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) juga bersempena dengan Hari Memperingati Mangsa-mangsa Lalu Lintas Jalan Raya Sedunia 2023.

    Hadir di acara yang diadakan kelmarin ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

    Turut hadir selaku tetamu khas, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, selaku Pengerusi MKKJR. Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi. Acara kemudian diikuti dengan bacaan Surah Yasin beramai-ramai dipimpin oleh Penolong Pengarah Pusat Penyelidikan dan Penerbitan, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Awang Muhammad Faishal An-Nawawi bin Haji Saban, selaku ahli Persatuan Motorsikal Darussalam (PEMODA).

    Seterusnya bacaan Doa Munajat oleh Pengarah Pusat Kajian Fiqh Al-Usrah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr Haji Sham bin Haji Amin. Sejurus selesai tazkirah, bacaan Selawat Tafrijiyyah dipimpin oleh Imam Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Haji Mohd Ashraf bin Haji Bujang, bersama para pegawai dan kakitangan MTIC.

    Bagi memberkati acara, Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dibacakan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Ash-Shaliheen Jabatan Hal Ehwal Masjid, KHEU, Haji Mohd Izzat Izzuddin bin Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Emran. Penyertaan ahli jawatankuasa takmir dan jemaah daripada 80 buah masjid termasuk surau dan balai ibadat di seluruh negara juga telah menyemarakkan Malam Munajat.

    Di samping menghadiri secara fizikal, orang ramai juga mengikuti secara maya dengan melayari pautan http://tiny.cc/munajatkheu atau http://www.facebook.com/pdi.kheu.

    Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin dan Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary semasa menyertai acara Malam Munajat di Masjid Ash-Shaliheen, baru-baru ini. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Antara yang hadir semasa majlis tersebut. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Reaktor gabungan nuklear eksperimen Jepun dirasmikan

    TOKYO, 1 DIS - Reaktor gabungan nuklear eksperimen terbesar di dunia yang sedang beroperasi dirasmikan di Jepun hari ini, sebuah teknologi pada peringkat awal...