Bacaan IPU Miri turun ke tahap sederhana

KUCHING, 20 OGOS – Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Miri mencatatkan penurunan kepada kategori sederhana setakat pukul 12 tengah hari ini.

Data yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS), Stesen Pengawasan Udara Automatik yang terletak di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri mencatat bacaan IPU 89 berbanding 92 yang direkodkan pagi tadi.

Sementara itu di Stesen Miri juga mencatat penurunan dengan bacaan IPU 54 daripada 72 yang direkod pada 9 pagi tadi manakala di Stesen SK Kuala Baram

2 turut mencatat penurunan bacaan IPU iaitu dari 67 pada pagi tadi kepada IPU 64 pada tengah hari ini. – Bernama