Bada lahirkan anak pertama

Bekas ahli kumpulan S.E.S, Bada telah melahirkan anak pertamanya!

Pada 7 September lalu, agensi Bada Wave Nine mengumumkan, “Bada melahirkan anak damit perempuan yang sihat di Seoul. Dia dan anak damitnya dalam keadaan sihat. Bada kini sedang berehat bersama keluarganya. Keluarga dan rakannya sangat gembira untuk menyambut kehidupan baru di dunia.”

Bada juga mengucapkan terima kasih kepada peminatnya, dengan mengatakan, “Setelah melahirkan, saya memikirkan peminat saya terlebih dahulu.

“Terima kasih banyak semua orang atas ucapan tahniah dan syabas. Saya sangat gembira dapat bertemu dengan anak perempuan saya, dan saya akan membesarkannya dengan penuh kasih sayang. Juga, saya berharap dapat menyampaikan salam kepada semua sebagai penyanyi.” – Agensi

Bekas ahli kumpulan S.E.S, Bada berkahwin dengan suaminya yang bukan selebriti pada bulan Mac 2017. – Agensi