Badai melanda Nepal, 27 terbunuh

 

KATHMANDU, 1 April – Kejadian ribut aneh memusnahkan rumah dan menterbalikkan kereta serta trak apabila ia melanda selatan Nepal mengakibatkan sekurang-kurangnya 27 orang maut dan mencederakan lebih 600 orang, kata pegawai semalam.

Ribut musim bunga yang jarang berlaku itu membadai kawasan luar bandar Bara dan kawasan bersebelahan pada Ahad. Lima orang kanak-kanak antara yang maut, kata kementerian dalam negeri dan satu operasi besar-besaran sedang dijalankan hari ini untuk menghantar bantuan dan memindahkan mangsa yang cedera.

(Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)