Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Badak putih kembali selepas 40 tahun

    ZINAVE, MOZAMBIQUE, 3 JULAI – Taman Mozambique menyambut kedatangan badak putih pertamanya dalam tempoh 40 tahun hari ini, selepas 19 ekor binatang terancam itu didatangkan sejauh 1,600 kilometer dari Afrika Selatan, menurut penyokong pemuliharaan.

    Badak-badak berkenaan diperkenalkan sekali lagi kepada Taman Nasional Zinave di selatan Mozambique dengan tujuan untuk memulihkan semula kawasan simpa-nan hidupan liar dan menjana ekonomi tempatan.

    Kawasan tersebut dengan keluasan 4,000 kilometer persegi telah musnah selepas peperangan saudara yang berlaku beberapa dekad, yang berakhir pada 1992, dan juga disebabkan oleh pemburuan haram.

    “Kembalinya badak itu membolehkan Zinave diperkenalkan sebagai sebuah destinasi pelancongan yang baharu di Mozambique,” kata Ketua Yayasan Taman Keamanan (PPF), Werner Myburgh. PPF adalah kumpulan pemuliharaan yang mengendalikan projek tersebut.

    Oleh itu, ia menjadikan Zinave adalah satu-satunya taman nasional di Mozambique yang memiliki binatang ‘big five’ – iaitu gajah, badak, singa, harimau bintang dan kerbau, kata Myburgh dalam satu kenyataan.

    Sejak 2015, sebanyak 2,400 binatang daripada 14 spesies telah dimasukkan ke dalam rizab pemuliharaan tersebut. – AFP

    Sebanyak 19 ekor badak putih dibawa dari Afrika Selatan ke Zinave, Mozambique.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...