Badan agama Indonesia haram dagangan wang kripto

JAKARTA, 12 NOV – Badan tertinggi agama Indonesia hari ini mengisytiharkan bahawa Bitcoin dan perdagangan wang kripto adalah diharamkan di bawah undang-undang Islam dan seharusnya tidak didagangkan di negara majoriti Islam terbesar dunia itu.

Majlis Ulema negara yang berkuasa, mengeluarkan satu fatwa ketika perdagangan mata wang maya itu semakin meningkat di Indonesia dan di seluruh dunia. Fatwa bagaimanapun tidak membawa kesan undang-undang di negara Asia Tenggara berpopulasi 270 juta orang itu, namun pengumumannya berpotensi meyakinkan umat Islam untuk mengelak mata wang kripto.

Susulan satu mesyuarat kelmarin, majlis itu menyamakan mata wang kripto dengan perjudian yang haram di bawah undang-undang Islam.

“Mata wang kripto sebagai aset komoditi atau digital adalah haram bagi dagangan kerana ia mempunyai elemen tidak pasti, pertaruhan dan membahayakan, sama seperti judi,” ketua majlis itu, Asrorun Niam Sholeh memberitahu AFP. – AFP