Wednesday, April 24, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Badan amal kanak-kanak disiasat terlibat kes dera

    ATHENS, GREECE, 27 NOV – Greece telah membuka siasatan terhadap salah satu badan amal kanak-kanak terkenal di negara itu selepas menerima dakwaan penderaan dan salah urus kewangan, kata sumber kementerian kehakiman kepada AFP hari ini.

    The Ark of the World, yang diasaskan oleh seorang paderi berkarisma, telah bekhidmat dengan kanak-kanak yang kurang bernasib baik sekurang-kurangnya selama dua dekad di Athens dan beberapa bahagian lain di Greece.

    Sejak pertengahan November, media Greece telah menyiarkan dakwaan penyelewengan di badan amal itu daripada bekas kakitangan dan bekas kanak-kanak di bawah jagaannya, wajah mereka dikaburkan dan suara mereka disamarkan.

    Seorang bekas kakitangan berkata bahawa dia dipecat kerana bersuara selepas rakan sekerjanya didakwa memukul tiga budak lelaki.

    Yang lain mendakwa bahawa eksekutif amal menuntut derma wang daripada pakaian dan makanan, dan menjalani kehidupan mewah dan pada minggu ini kerajaan akan menggantikan seluruh lembaga organisasi dan melantik pengurusan baharu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...