PHNOM PENH, 13 MAC – Ahli arkeologi di Kemboja meraikan penemuan yang tidak dijangka di kompleks kuil Angkor yang berusia ratusan tahun di negara itu iaitu badan patung Buddha padan dengan kepala ditemui hampir 100 tahun lalu di tapak yang sama.
Badan patung itu, dipercayai dari abad ke-12 atau ke-13, ditemui semasa penggalian oleh sepasukan pakar Kemboja dan India bulan lalu di kuil Ta Prohm di Angkor. Ia ditemui bersama 29 serpihan yang kelihatan sebagai sebahagian daripada patung yang sama, kata ahli arkeologi, Neth Simon, minggu ini.
Ia mempunyai ketinggian 1.16 meter dan dalam gaya seni Bayon, dikaitkan dengan kuil Bayon Angkor.
“Ia merupakan satu kejutan besar apabila kami menemui patung ini kerana semua yang kami temui setakat ini adalah kepingan kecil,” kata Neth Simon kepada The Associated Press melalui telefon dari wilayah Siem Reap. – AP
