Bade terlibat kemalangan selepas pulang dari penggambaran

Pengarah Bade Haji Azmi dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalan raya di Bentong, Pahang semasa dalam perjalanan pulang dari Terengganu.

Menurut Penerbit Switch On Entertainment Sdn Bhd, Ritz Tahir, kemalangan berlaku kira-kira pukul 4 pagi ketika mereka dalam perjalanan pulang selepas menjalani penggambaran telefilem berjudul Sebelum Pulang.

“Kami semua baru selesai menjalani penggambaran telefilem Sebelum Pulang di Terengganu.

Selain Bade, ada empat lagi penumpang lain yang terdiri daripada kru produksi.

“Mereka dikejarkan ke Hospital Bentong untuk pemeriksaan lanjut dan semuanya okay! Doktor benarkan mereka pulang dan Bade pun sekarang tengah berehat di rumah.

Kemalangan itu menyebabkan kereta yang dipandu mengalami kerosakan teruk. – Agensi

“Alhamdulillah, semuanya stabil dan selamat, cuma kereta agak teruk,” katanya kepada media.

Kemalangan itu menyebabkan kereta jenis Honda CRV yang dipandu mengalami kerosakan teruk.

Sementara itu, pelakon Amyza Aznan turut memuat naik foto dan maklumat mengenai insiden tersebut di laman Instagram miliknya.

“Saya dapat Whatsapp dari kawan, pengarah terkenal Bade Haji Azmi mengalami kemalangan di Bentong semasa dalam perjalanan pulang dari Terengganu setelah kami selesai penggambaran telefilem Sebelum Pulang.

“Keadaan dilaporkan stabil. Sama-sama kita doakan semoga yang terlibat berada dalam keadaan selamat. Petang nanti saya akan ke Hospital Bentong,” katanya. – Agensi