Badosa kalahkan Sabalenka peringkat akhir WTA

GUADALAJARA, MEXICO, 12 NOV – Paula Badosa dari Sepanyol menewaskan pemain pilihan utama Belarus, Aryna Sabalenka 6-4, 6-0 kelmarin dalam aksi round-robin di musim pusingan akhir WTA.

Badosa, yang melonjak ke-10 teratas selepas memulakan musim menduduki tempat ke-70 dunia, dilihat seperti pemain serupa yang berjaya menjulang trofi Indian Wells bulan lalu – apabila pemain nombor dua dunia, Sabalenka diketepikan akibat COVID-19.

Walaupun dia hanya bermain dua perlawanan sejak Terbuka AS, Sabalenka mendahului 4-2.

Tetapi dia gagal mengekalkan rentak permainan dalam keadaan altitud tinggi yang mencabar dan Badosa memenangi 10 perlawanan berturut-turut untuk mencipta kejutan.

“Saya rasa saya bermain cukup baik,” kata Badosa. “Keadaan di sini menyebabkan sukar untuk bermain, tetapi saya fikir saya bermain perlawanan yang menakjubkan.

“Dia adalah pemain yang menakjubkan. Saya tahu saya perlu bermain seperti ini. Saya sangat gembira dengan perlawanan saya.”

Pemain Sepanyol itu seterusnya berdepan pemain Greece, Maria Sakkari, yang menewaskan bekas juara Terbuka Perancis, Iga Swiatek 6-2, 6-4, manakala
Sabalenka akan menentang Swiatek ketika perlawanan round-robin diteruskan.

Lapan pemain perseorangan dalam acara akhir musim elit dibahagikan kepada dua kumpulan yang mengandungi empat permain beraksi dalam format round-robin, dan dua pemain teratas dalam setiap kumpulan mara ke pusingan separuh akhir.

Kejohanan dipindahkan ke Guadalajara dari tempat biasa di Shenzhen, China, akibat wabak COVID-19.

Pemain nombor satu dunia, Ashleigh Barty dari Australia tidak dapat mempertahankan gelarannya kerana meneruskan sekatan perjalanan pandemik.

Sakkari, pemain Greece pertama yang layak ke pusingan akhir WTA sama ada dalam perseorangan atau beregu, menundukkan Swiatek dalam masa 85 minit. – AFP

Reakis pemain Sepanyol, Paula Badosa ketika memenangi perlawanan tenis menentang Aryna Sabalenka kelmarin. – AFP