Badosa kekalkan rekod bersih di kejohanan WTA

GUADALAJARA, MEXICO, 14 NOV – Paula Badosa dari Sepanyol meraih 10 ace dalam kemenangan 7-6 (7/4), 6-4 round-robin ke atas Maria Sakkari kelmarin, meneruskan rekod tanpa kalah dalam pusingan akhir WTA akhir musim.

Badosa, yang menunjukkan prestasi akhir musim termasuk gelaran terbesarnya setakat ini pada kejohanan gelanggang keras di Indian Wells, California, pada Oktober, telah mencatatkan kemenangan meyakinkan ke atas pilihan utama kejohanan, Aryna Sabalenka untuk membuka perlawanan kumpulan.

Dengan kemenangan kedua meletakkannya di landasan betul untuk mara ke fasa kalah mati sebagai salah satu daripada dua pemain teratas dalam empat kumpulan wanita, tetapi dia terpaksa menunggu keputusan perlawanan antara Iga Swiatek dan Sabalenka untuk melihat sama ada tempat di separuh akhir terjamin sebelum bermain perlawanan pusingan ketiganya.

Acara lapan pemain elit itu dipindahkan ke Guadalajara dari Shenzhen, China, tahun ini atas sebab wabak COVID-19.

Pertembungan kelmarin antara Badosa dan Sakkari, pemain Greece pertama yang layak ke pusingan akhir adalah pertemuan pertama antara kedua-duanya.

Badosa hanya memerlukan lebih dua jam untuk melebarkan rekod kemenangan WTA semasanya kepada lapan perlawanan. Selepas mengalahkan tiebreak set pertama, dia memperoleh mata penentu untuk mendahului 3-1 pada set kedua. – AFP

Reaksi pemain Sepanyol, Paula Badosa meraikan kemenangan dalam perlawanan peringkat akhir Kejohanan WTA wanita kelmarin. – AFP