Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Badosa mara separuh akhir Indian Wells

    INDIAN WELLS, AMERIKA SYARIKAT, 18 MAC – Juara bertahan Paula Badosa menewaskan Veronika Kurdermetova 6-3, 6-2 untuk menempah satu pertemuan separuh akhir dengan Maria Sakkari dalam kejohanan WTA Indian Wells dan ATP Masters semalam.

    Pemain Sepanyol menyelamatkan satu-satunya mata penamat yang dihadapinya dalam pertarungan 1 jam 23 minit di Stadium Court, meraih kemenangan pertamanya dalam empat pertemuan kerjaya dengan Kudermetova.

    “Saya fikir gelanggang memberikan keajaiban kepada saya,” kata Badosa mengenai tempat di mana dia menjulang trofi pada Oktober, apabila kejohanan dipindah dari slot Mac disebabkan pandemik koronavirus.

    Badosa, yang telah memasuki empat pusingan terakhir tanpa tewas satu set, berkata permainan servis yang kukuh dan aksi agresif menjadi kunci kepada kemenangan pertamanya ke atas Kudermetova. Kini dia tidak sabar-sabar untuk menentang Sakkari, yang menyingkirnya di tempat keenam dalam ranking dunia pada minggu lalu ketika pemain Sepanyol itu merosot ke tangga ketujuh.

    Sakkari, mara ke separuh akhir menerusi kemenangan 7-5, 6-4 ke atas pemain Kazakhstan Elena Rybakina.

    Pemain Greece berusia 26 tahun itu sedang mengejar gelaran WTA kedua selepas memenangi kejuaraan pertama di Rabat pada 2019.

    Dia mara ke separuh akhir di Terbuka AS dan Terbuka Perancis pada 2011 untuk menandakan hasratnya dan menjadi pemain pilihan 10 teratas Slam untuk kali pertama di Terbuka Australia hanya ditewaskan dalam pusingan keempat.

    “Saya tidak melakukan servis yang cemerlang dalam beberapa permainan pertama tetapi saya berasa gembira saya berjaya mara ke separuh akhir kejohanan yang belum saya menangi dalam empat tahun.” – AFP

    Aksi Paula Badosa mengembalikan bola kepada Veronika Kudermetova semasa kejohanan suku akhir Terbuka BNP Paribas di Indian Wells Tennis Garden di Indian Wells, California pada 16 Mac 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...