Badosa rebut gelaran WTA Indian Wells

INDIAN WELLS, AMERIKA SYARIKAT, 18 OKT – Paula Badosa menunjukkan kesungguhan untuk menjadi juara WTA Indian Wells dalam debutnya kelmarin dengan kemenangan tiga set yang sengit ke atas juara dua kali, Victoria Azarenka.

Pemain Sepanyol, yang belum tewas satu set sejak perlawanan pertama kejohanan, memerlukan tiga jam empat minit untuk menewaskan Azarenka 7-6 (7/5), 2-6, 7-6 (7/2).

“Setiap pagi saya bangun dan impian saya adalah untuk memenangi kejohanan seperti ini,” kata Badosa. “Saya harus terus bekerja keras dan sentiasa percaya. Kuncinya adalah untuk menikmati perjalanan tersebut.”

Badosa memenangi satu-satunya peringkat akhir WTA pada awal musim ini di Belgrade selepas Ana Konjuh menarik diri. Kemenangan ini lebih bermakna kerana Badosa menewaskan lawan di gelanggang, membuat pukulan forehand yang mengejutkan Azarenka. Badosa meraikan kemenangan terbesar dalam kerjayanya dengan terbaring di gelanggang sambil kedua tangannya menutup muka ketika peminat bersorak.

“Ini merupakan mimpi menjadi kenyataan,” kata Badosa selepas perlawanan dalam gelanggang.

Dia kemudian menuju kepada Azarenka, mengatakan “Saya masih ingat ketika saya berusia 14 atau 15 tahun melihat awda memenangi Grand Slam dan berharap suatu hari saya dapat bermain seperti itu.” Pemenang Terbuka Australia dua kali, Azarenka berusaha untuk menjadi pemenang WTA tiga kali pertama di Indian Wells. – AFP

Aksi pemain Sepanyol, Paula Badosa menjulang piala kemenangan ketika menewaskan Victoria Azarenka di peringkat akhir kejohanan terbuka tenis BNP Paribas di Indian Wells, California. – AP