Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    Bael0n tampil dengan Di Sini

    Merancakkan lagi karier nyanyiannya, penyanyi Bael0n tampil dengan sebuah lagu cukup peribadi dalam hidupnya berjudul Di Sini.

    Lagu ini tidak lain berkisar kenngan manis yang tersemat dalam hatinya sewaktu di zaman persekolahan.

    Menurut Bael0n, dia belajar mengenai nilai persahabatan yang selamanya memberikan perasaan teristimewa dalam diri sejak di bangku sekolah. Bahkan, semangat untuk menjadi penyanyi serta penulis lagu sudah berkobar sejak dari sana lagi.

    “Pada ketika itu, saya masih berada di sekolah menengah dan Najwa Latif, Ainan Tasneem berada di zaman kegemilangan mereka. Mereka menulis lagu sendiri dan memberi inspirasi kepada saya untuk tulis lagu sendiri juga.

    “Kebetulan, saya sedang menjalani jalinan persahabatan yang sangat kukuh. Hubungan itu mencetus inspirasi untuk saya buat lagu ini sebagai satu luahan kata-kata buat rakan-rakan saya,” katanya.

    Bael0n tampil dengan sebuah lagu cukup peribadi dalam hidupnya berjudul Di Sini. – Agensi

    Menerusi Di Sini, Bael0n mahu galakkan orang ramai supaya sentiasa bersyukur dan menghargai apa jua hubungan, baik persahabatan atau cinta. Katanya, sesiapa juga takkan pernah jangka bila seseorang itu akan pergi meninggalkan kita.

    “Walau kecil mana pun sumbangan mereka, hargailah kerana setiap hal itu pasti mengajar kita sesuatu. Lagu ini sangat istimewa kerana mengimbau semula kenangan saya berada di zaman persekolahan. Ketika itu, saya dikelilingi ramai rakan-rakan yang begitu menyokong kuat.

    “Meskipun secara keseluruhan, perjalanan sewaktu menempuh zaman persekolahan bukanlah indah sepenuhnya, tapi jalinan persahabatan itu benar-benar menggembirakan saya untuk dikenang,” katanya.

    Penghasilan lagu ini juga sebenarnya lagu ini sudah dibuat sejak beberapa tahun lalu. Bael0n menulis sepenuhnya Di Sini dengan bantuan seorang penerbit iaitu Bo. Menurutnya, dia ada misi dan visual tersendiri bagaimana hasil akhir lagu ini.

    Bael0n tidak menafikan penghasilan Di Sini sebenarnya sangat-sangat mencabar kerana dilakukan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Prosesnya turut diduga apabila kebetulan Bo pula menjadi kontak rapat kepada individu dijangkiti COVID.

    “Memang mencabar kerana sewaktu menyiapkannya, kita berada di fasa PKP yang perlukan surat rasmi untuk keluar. Saya terpaksa merakam lagu ini tanpa kehadirannya secara bersemuka dan cuma guna FaceTime. Lagu ini pun belum siap sepenuhnya ketika rakaman itu,” katanya.

    Bertitik tolak daripada menjadi penghibur di TikTok, kini nama Bael0n semakin meniti di bibir peminat muzik tempatan.

    Bahkan, dia berjaya membuktikan banyak sisi berbeza dalam bakat nyanyiannya sehingga kini. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...