PARIS, 21 MEI – Ketua kesatuan pemain global FIFPro memberikan sokongan mereka kepada pemain bola sepak yang tidak mahu kembali mengadakan latihan kerana kebimbangan mengenai koronavirus dan mengingatkan ia adalah ‘tidak berperikemanusiaan dan tidak boleh diterima’ jika mereka dihukum kerana mengambil pendirian sebegitu.
Komen Jonas Baer-Hoffmann dibuat selepas Troy Deeney, yang mewakili pasukan Watford di Liga Perdana Inggeris, tidak mahu untuk menyambung semula latihan menjelang kemungkinan penyambungan musim bola sepak kerana dia tidak mahu anak kecilnya, yang mengalami kesukaran bernafas, berisiko terkena virus.
Deeney turut menyebut kerisauannya mengenai keluarganya mungkin akan dalam bahaya kerana angka menunjukkan minoriti kulit hitam dan etnik UK – yang mempunyai jumlah kematian tertinggi di dunia – cenderung jatuh sakit teruk kerana koronavirus. – AFP




























