Oleh Imelda Groves HA
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Jun – Bagi mengeratkan lagi silaturahim dalam suasana Hari Raya yang masih hangat diraikan ini, BAG Networks telah mengadakan Majlis Raya sempena Hari Raya Aidilfitri di Bangunan Reka Bentuk dan Teknologi, Anggerek Desa Tech Park, di sini, hari ini.
Hadir bagi mengalu-alukan tetamu jemputan ialah Ketua Pegawai Eksekutif BAG Networks, Dayang Haslina binti Haji Mohd Taib bersama pegawai dan kakitangan BAG Networks.
Para tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah makanan sama seperti konsep rumah terbuka yang giat diadakan sepanjang bulan Syawal ini.

Antara tujuan acara tahunan ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim yang telah lama terjalin dan seterusnya untuk berangkaian sesama jemputan yang terdiri daripada para klien, rakan kongsi, orang-orang yang berkepentingan dan orang-orang persendirian yang pernah bekerjasama dengan BAG Networks.
Para hadirin turut dihiburkan dengan beberapa permainan seperti teka-teki dan mereka yang berjaya menyelesaikannya dalam tempoh seminit menerima hadiah cabutan segera.

































