Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Bagaimana atasi masalah anjing liar yang tepat?

    Isu anjing-anjing liar ini bukanlah sesuatu yang baharu untuk diperkatakan, namun sehingga sekarang belum ada cara yang tepat untuk mengatasinya sehingga populasi anjing-anjing liar ini semakin meningkat dan berleluasa.

    Sebut saja di mana kawasan kedai, pejabat, kawasan kampung malah di kawasan perumahan ini masih dibelenggu dengan masalah anjing liar ini sehinggakan membahayakan orang ramai yang lalu lalang, selain keselamatan haiwan-haiwan peliharaan turut dalam keadaan bahaya.

    Malah baru-baru ini saya terbaca perkongsian di laman media sosial mengadu perihal anjing liar yang mengganggu ketenteraman beliau dan haiwan peliharaannya. Namun untuk mengatasi permasalahan berkenaan beliau tidak mengetahui cara yang betul kerana khuatir cara yang dilakukan adalah salah sebagai contoh kejam kepada binatang walhal beliau cuba mempertahankan diri daripada keganasan anjing liar.

    Jika dirujuk pada pihak berkenaan, bukan pula memberikan penyelesaian yang jitu malah menyuruh merujuk kepada pihak tertentu sehingga kita merasa aduan kita terbengkalai begitu saja.

    Sulaiman

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...