Bagaimana dapatkan badan ‘six-pack’

Pastinya mana-mana lelaki berkeinginan untuk memiliki perut berotot tegap atau ‘six-pack’ malah ada yang menanamkan impian untuk memilikinya.

Namun ramai yang tahu khususnya kaum lelaki, bahawa ia bukanlah satu tugasan yang mudah untuk mendapatkan perut yang berotot.

Begitu juga dengan usaha mengekalkan kondisi otot yang tegap, sangat mencabar bagi kaum lelaki untuk mengekalkannya. Apatah lagi dengan kesibukan aktiviti harian anda, pasti ada yang tidak berkesempatan untuk pergi ke gym atau sebagainya.

Selain itu, disiplin dalam pemakanan juga memainkan peranan penting. Jadi apakah rahsia lelaki yang mempunyai perut ‘six-pack’ ini? bagaimana mereka boleh mempertahankannya. Adakah dengan menahan lapar? Berkemungkinan ini jawapannya.

Pelbagaikan senaman

Senaman yang pelbagai memang sangat baik untuk kecergasan minda dan tubuh badan. Menurut pakar kencing manis, jurulatih kecergasan berkata bahawa tubuh badan akan terbiasa dengan senaman sama yang dibuat berkali-kali.

ATAS & BAWAH : Namun ramai yang tahu khususnya kaum lelaki, bahawa ia bukanlah satu tugasan yang mudah untuk mendapatkan perut yang berotot. – Agensi

Justeru, bagi meningkatkan lebih stamina, lakukan pelbagai jenis senaman seperti campurkan latihan kardio seperti berlari, beryoga dan melakukan seni mempertahankan diri.

Pilih rakan senaman

Makanan yang mengoda akan kelihatan sangat sedap apatah lagi dengan permainan iklan yang mampu menggugat selera anda dan ia boleh menjadi penghalang untuk mempunyai tubuh badan yang sasa. Anda memerlukan motivasi tambahan dengan mencari teman yang juga mempunyai impian yang sama seperti diri anda.

Selain berkongsi minat, anda boleh bersaing secara sihat dan ini akan membuatkan anda mahu berusaha lebih keras dan kuat.

Amalkan membaca label makanan

Membaca label pada makanan yang anda beli merupakan satu tindakan penting bagi menikmati pemakanan yang seimbang. Elakkan membeli makanan yang mempunyai lemak trans dan hadkan kandungan gula.

Pilihlah makanan yang mempunyai serat tinggi lebih dari 3 gram setiap hidangan. Ingatlah kaum lelaki bahawa lebih banyak makanan segar yang anda ambil dalam diet anda, lebih mudah untuk mendapatkan nutrisi yang cukup dan seimbang.

Memperbanyakkan sayur dan buah

Anda tidak perlu risau jika memakan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kadar yang banyak.

Sebaliknya, ia memberi anda kesihatan di tahap optimum kerana ia membantu mengekalkan berat badan ideal anda.

Sesekali memakan lobak merah pasti membuatkan anda cukup berselera. Jangan lupa masukkan tomato ke dalam sandwich anda. Buahan campur yang dihiris dan digaul bersama yogurt di dalam mangkuk boleh dijadikan snek sihat sepanjang masa.

Melatih diri dengan senaman kardio dan mengetahui saiz hidangan bukanlah satu perkara yang susah sebaliknya ia menjadi perkara yang paling menarik lebih-lebih lagi jika anda hanya melakukannya dengan santai. Walaupun santai namun hasilnya pasti menakjubkan. – Agensi