Sunday, December 4, 2022
23.3 C
Brunei

-

Baginda Raja Isteri berkenan menerima mengadap

KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan menerima mengadap wakil dari Malaysia, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Nov – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan menerima mengadap ketua-ketua delegasi dan isteri orang kenamaan yang menghadiri Simposium Tekstil Tradisional ASEAN ke- 6 di Negara Brunei Darussalam, di Istana Nurul Iman hari ini.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia  berkenan menerima mengadap wakil dari Malaysia, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah; wakil dari Indonesia, Gusti Kanjeng Bandoro Raden Ayu Adipati Paku Alam dan Dr. Mariah Woworuntu Sidiq; wakil dari Filipina, Maribel Ong; wakli dari Thailand, Jampee Thatamasiri; wakil dari Myanmar, Nang Lao Ngin; wakil dari Laos, Dr. Linda Susan Mclntosh; wakil dari Vietnam, Dr. Nguyen Thi Ngan dan wakil dari Negara Brunei Darussalam, Dr. Siti Norkhalbi Haji Wahsalfelah.

Turut berkenan berangkat ke majlis mengadap itu ialah  Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah.

 

(Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)

http://digital.mediapermata.com.bn

 

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -