Gambar Oleh Infofoto
BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Sept – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha hari ini berkenan menerima mengadap secara berasingan Duta Besar Republik Indonesia ke Brunei Darussalam, Nurul Qomar yang akan menamatkan perkhidmatannya dan isteri Pesuruhjaya Tinggi British ke Brunei Darussalam, Xanthe Lindsay.
Majlis mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman.
Nurul Qomar telah menyembahkan surat tauliah pelantikannya kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 25 Februari 2014.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)