Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Baginda Sultan akan berangkat ke majlis pengurniaan lencana terjun payung ‘RAF Wings’

    Gambar oleh Infofoto

    LONDON, UNITED KINGDOM, 20 SEPT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan berangkat menghadiri Majlis Penutup Kursus Asas Terjun Payung 1317 dan Pengurniaan Lencana Terjun Payung ‘RAF Wings’ bagi Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Mejar (U) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen yang akan berlangsung pada 23 September di Royal Air Force (RAF) Brize Norton, Carteton, Oxfordshire, United Kingdom (UK).

    Kursus Asas Terjun Payung 1317 adalah bagi anggota Angkatan Tentera British dikendalikan oleh Parachute Training Squadron of the Airborne Delivery Wing, yang berpangkalan di RAF Brize Norton.

    Ia adalah berasaskan dengan penilaian bertulis dan praktikal sebelum sebarang lompatan penerjunan payung dilaksanakan.

    Apabila berjaya menamatkan kursus tersebut, para peserta akan dianugerahkan lencana payung terjun dengan lambang sayap oleh Sekolah Latihan Payung Terjun dan seterusnya kembali ke unit masing-masing sebagai penerjun payung yang berkelayakan dengan mengenakan emblem lencana payung terjun dengan sayap di pakaian masing-masing.

    DYTM Paduka Seri 920 Mejar (U) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen semasa berkenan mengikuti Kursus Asas Terjun Payung 1317.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...