Monday, December 16, 2024
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Baginda Sultan akan berangkat ke UK

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 DIS – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan berangkat mengadakan Kunjungan Muhibah kepada His Majesty King Charles III, King of the United Kingdom (UK) and Northern Ireland; Perjumpaan bersama Perdana Menteri UK of Great Britain and Northern Ireland, Tuan Yang Terutama Sir Keir Starmer; dan seterusnya akan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat dan Penduduk Negara Brunei Darussalam yang berada di UK dan Eire di London.

    Kunjungan Muhibah Kebawah Duli Yang Maha Mulia kepada His Majesty King Charles III mencerminkan hubungan kerjasama yang lama dan rapat serta ikatan persahabatan yang erat antara kerabat diraja dan rakyat, terutama apabila tahun ini menandakan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara Negara Brunei Darussalam dan UK.

    Semasa di London nanti, Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga akan mengadakan perjumpaan dengan TYT Perdana Menteri UK of Great Britain and Northern Ireland.

    Manakala, Majlis Bersama Rakyat dan Penduduk Negara Brunei Darussalam akan memberikan peluang bagi yang berada di UK yang terdiri daripada para penuntut, pegawai dan mereka yang berada di London untuk berjunjung ziarah dan beramah mesra kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri.

    GAMBAR OLEH INFOFOTO
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda