Baginda Sultan berangkat meninggalkan London

LONDON, 5 DIS – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berangkat balik meninggalkan London, United Kingdom (UK) selepas menghadiri Majlis Tamat Latihan Kursus All Arms Commando (AACC) Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Mejar (U) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Majlis Perjumpaan Dua Hala bersama Perdana Menteri UK of Great Britain and Northern Ireland, Tuan Yang Terutama Boris Johnson.

Sebelum berangkat balik, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.
Hadir di Lapangan Terbang Heathrow menyembahkan selamat berangkat ialah Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke UK dan Eire, TYT Laksamana Pertama (B) Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad.

KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berangkat balik meninggalkan London, UK. – Gambar oleh Infofoto