Wednesday, May 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Baginda Sultan berangkat tinggalkan Vietnam

    Gambar oleh Infofoto

    HANOI, 28 Mac – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini, berangkat meninggalkan Hanoi, Vietnam selepas menamatkan Keberangkatan Negara selama tiga hari.

    Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

    Sebelum berangkat meninggalkan hotel persemayaman, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

    Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai, Hanoi bagi menyembahkan selamat berangkat kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Pengerusi Pejabat Presiden selaku Menteri Pengiring, Tuan Yang Terutama Dao Viet Trung; Penolong Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, TYT Pham Sao Mai; dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Vietnam ke Negara Brunei Darussalam, TYT Do Anh Tuan.

    Turut hadir bagi menyembahkan selamat berangkat kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Vietnam, TYT Pengiran Haji Sahari bin Pengiran Haji Salleh serta pegawai-pegawai dan kakitangan Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam di Vietnam.

    Sebelum berangkat menaiki pesawat khas, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan melintasi kawalan kehormatan statik yang terdiri daripada anggota Tentera Rakyat Vietnam dan kemudiannya disembahkan dengan sejambak bunga.

    KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ketika berangkat meninggalkan Hanoi, Vietnam selepas menamatkan Keberangkatan Negara selama tiga hari. Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai, Hanoi ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.
    Baginda Sultan dan DYTM Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan menadahkan tangan ketika Doa Selamat dibacakan sebelum berangkat meninggalkan Hanoi, Vietnam.
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan melintasi kawalan kehormatan statik yang terdiri daripada anggota Tentera Rakyat Vietnam.
    Baginda Sultan dan DYTM Pengiran Muda ‘Abdul Mateen ketika berkenan dijunjung bergambar ramai.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda