Tuesday, April 16, 2024
36 C
Brunei

    -

    Baginda Sultan berkenan hadiri CHOGM 24-25 Jun ini

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JUN – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan berangkat menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) ke-26 yang dijadualkan berlangsung pada 24 dan 25 Jun ini di Kigali, Republik Rwanda.

    CHOGM 2022 akan membawa tema Delivering a Common Future: Connecting, Innovating, Transforming dan akan menjadi landasan untuk menetapkan agenda serta membuat keputusan di kalangan negara-negara anggota Komanwel termasuk Negara Brunei Darussalam mengenai perkara-perkara berkepentingan bersama.

    Pada Mesyuarat kali ini, para pemimpin Komanwel dijangka akan memilih calon bagi jawatan setiausaha agung Komanwel; serta membincangkan mengenai tadbir urus dan peraturan perundangan, pembangunan mampan dan inklusif, pemulihan pasca COVID-19, belia, teknologi dan inovasi serta cabaran-cabaran global.

    CHOGM ke-26 yang telah ditunda dua tahun berikutan pandemik COVID-19, buat julung kali dihoskan oleh Republik Rwanda selepas menjadi negara ahli Komanwel ke-54 dan terbaharu sejak tahun 2009. Kali terakhir para pemimpin CHOGM bersidang ialah pada April 2018 di London, United Kingdom.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...