Baginda Sultan berkenan menerima mengadap

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 SEPT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, semalam, berkenan menerima mengadap secara berasingan ketua-ketua perwakilan asing yang akan menamatkan perkhidmatan, pada majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia mula-mula berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Filipina ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Christopher B. Montero. Tuan Yang Terutama telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada 18 September 2019.

Baginda Sultan seterusnya berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Wanthanee Viputwongsakul yang telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada 4 Februari 2019.

KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Wanthanee Viputwongsakul yang akan menamatkan perkhidmatannya. – Gambar oleh Infofoto
KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzadin Waddaulah ketika berkenan menerima mengadap TYT Christopher B. Montero. – Gambar oleh Infofoto