Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Baginda Sultan berkenan menerima mengadap

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar oleh Infofoto

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 SEPT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, berkenan menerima mengadap Ketua Menteri dan Menteri Kewangan Sabah, Malaysia, Tuan Yang Terutama Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, yang berlangsung di Istana Nurul Iman, petang tadi.

    Semasa majlis mengadap tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Tuan Yang Terutama berbincang mengenai isu-isu dua hala yang menjadi kepentingan bersama di antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia, termasuk meningkatkan kerjasama bagi memperkukuhkan lagi hubungan di antara kedua-dua buah negara.

    Menyertai Tuan Yang Terutama pada majlis mengadap tersebut ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, TYT Datuk Haji Kadzim Haji M Yahya; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, TYT Dato’ Raja Reza bin Raja Zaib Shah; Menteri Tugas-tugas Khas, Jabatan Ketua Menteri Sabah, TYT Datuk Dr Haji Arifin bin Mohd Arif; dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, TYT Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar bin Untong.

    Ini merupakan kali pertama Tuan Yang Terutama mengadakan kunjungan hormat kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia sejak dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah ke-16 pada 28 September 2020.

    Hubungan rapat antara Brunei dan Malaysia telah lama terjalin, di mana kedua-dua buah negara mempunyai kerjasama baik dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pertahanan, pendidikan, pelancongan dan kesalinghubungan, dan kesihatan.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan menerima mengadap Ketua Menteri dan Menteri Kewangan Sabah, Malaysia di Istana Nurul Iman, kelmarin.
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima pesambah yang disembahkan oleh TYT Datuk Seri Panglima Haji Hajiji.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...