Baginda Sultan utus tahniah

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 DIS – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghantar perutusan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Boris Johnson berikutan dengan kemenangan partinya dalam pilihan raya umum baru-baru ini dan di atas pelantikannya semula sebagai perdana menteri United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland.

Pada mengakhiri perutusan tersebut, Baginda menyampaikan salam muhibah kepada Tuan Yang Terutama dan seterusnya mengucapkan selamat menyambut tahun baharu yang akan menjelang.