Baginda Sultan utus tahniah

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JULAI – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald J Trump serta kerajaan dan rakyat AS bersempena dengan Sambutan Hari Kemerdekaan negara tersebut.