BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Mei – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Emmanuel Macron bersempena dengan pelantikannya sebagai Presiden Republik Perancis.
Dalam titah perutusan itu, Baginda Sultan berharap semoga Emmanuel Macron beroleh kejayaan dalam jawatan barunya itu dan seterusnya akan dapat bekerja rapat bersama beliau pada tahun-tahun mendatang bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang sangat bernilai dan kerjasama antarabangsa yang sekian lama dinikmati kedua-dua negara.
Baginda mengakhiri titah perutusan tersebut dengan menyampaikan salam muhibah kepada Emmanuel Macron.