Baginda Sultan utus tahniah kepada Queen Elizabeth II

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JUN – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Queen Elizabeth II, Queen of the United Kingdom (UK) of Great Britain and Northern Ireland dan Perdana Menteri UK, Tuan Yang Terutama The Rt Hon Boris Johnson MP, serta kerabat diraja, kerajaan dan rakyat UK bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Queen Elizabeth II ke-94 tahun.