Wednesday, February 19, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Baginda Sultan utus takziah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 April – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan takziah kepada Presiden Republik Arab Mesir, Abdel Fattah al-Sisi berikutan dengan serangan bom di Mar Girgis Coptic Church Tanta dan Saint Mark’s Coptic Cathedral di Alexandria baru-baru ini.

    Dalam titah perutusan tersebut, Baginda berasa sedih mengetahui tentang serangan berkenaan yang mengakibatkan kehilangan nyawa.

    Pada mengakhiri titah perutusan takziah berkenaan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berserta kerajaan dan rakyat Negara Brunei Darussalam menyampaikan ucapan takziah dan simpati yang amat mendalam kepada Presiden Abdel Fattah al-Sisi serta kerajaan dan rakyat Arab Mesir, terutama sekali kepada ahli keluarga yang terlibat dalam kejadian tersebut.

    Sementara itu, menurut laporan antarabangsa sekurang-kurangnya 44 terbunuh dalam serangan bom yang mensasarkan dua buah gereja ketika upacara keagamaan sedang berlangsung.

    Insiden pertama di Tanta, utara Kaherah membunuh sekurang-kurangnya 27 orang dan 78 lagi cedera, menurut Kementerian Kesihatan Mesir.

    Insiden kedua berlaku beberapa jam kemudian di gereja Saint Mark yang membunuh 17 orang termasuk tiga pegawai polis manakala 48 lagi cedera.

    Stesen televisyen CNN melaporkan Islamic State (IS) mendakwa bertanggungjawab melakukan serangan dan susulan itu Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi mengisytiharkan darurat selama tiga bulan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda