Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Baginda Sultan utus takziah kepada Turki

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Jan – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan takziah kepada Presiden Republik Turki, Recep Tayyip Erdogan berikutan dengan serangan pengganas di Istanbul baru-baru ini.

    Dalam titah perutusan tersebut Baginda berasa terkejut mengetahui tentang serangan berkenaan yang telah mengakibatkan kehilangan nyawa.

    Baginda dan kerajaan serta rakyat Negara Brunei Darussalam menyampaikan ucapan takziah yang amat mendalam kepada Presiden Erdogan dan kerajaan serta rakyat Republik Turki terutama sekali kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda