Thursday, December 1, 2022
23 C
Brunei

-

Baginda utus tahniah kepada PM M’sia ke-10

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 NOV – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya percaya di bawah kepimpinan dan kewibawaan Yang Amat Berhormat Datuk Seri menerajui pentadbiran negara, Malaysia akan terus menikmati kemajuan demi kesejahteraan rakyat.

Baginda Sultan juga seterusnya mengalu-alukan peluang untuk terus bekerjasama rapat dengan Yang Amat Berhormat Datuk Seri bagi memperkukuhkan lagi hubungan akrab yang telah sekian lama terjalin serta memperluaskan lagi kerjasama di pelbagai bidang yang berkepentingan bersama demi kemanfaatan kedua-dua buah negara dan rakyat masing-masing.

Pada mengakhiri titah perutusan tersebut, Baginda Sultan berdoa ke hadrat Allah SWT semoga Yang Amat Berhormat Datuk Seri dan Yang Amat Berbahagia Datuk Seri Dr Wan Azizah binti Dr Wan Ismail serta keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan dalam perlindungan-Nya jua dan seluruh rakyat Malaysia menikmati perpaduan, kestabilan dan kemakmuran yang berpanjangan.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China lancar kapal angkasa Shenzhou-15

BEIJING, 30 NOV – China melancarkan kapal angkasa Shenzhou-15 semalam, yang membawa tiga angkasawan ke stesen angkasa lepasnya bagi melengkapkan penghantaran pertama kru China...
- Advertisment -