Bagnaia rangkul gelaran MotoGP San Marino

MISANO ADRIATICO, ITALI, 20 SEPT – Pelumba Ducati, Francesco Bagnaia memenangi kejohanan MotoGP Grand Prix (GP) San Marino di laman sendiri, dengan aksi dominan selepas bermula dari petak hadapan semalam.

Pelumba dari Itali itu yang meraikan penampilan pertama dalam kategori utama dengan kejuaraan di Aragon minggu lalu, berdepan saingan cabaran sengit berterusan daripada pendahulu kejuaraan, Fabio Quartararo sehingga ke garisan penamat.

Walaupun ketinggalan untuk menambah lima kemenangannya pada musim ini, Quartararo, 22, masih memiliki beberapa peluang.

Dengan berbaki empat perlumbaan lagi, beliau kekal sebagai pendahulu dengan 48 mata mengatasi Bagnaia, Quartararo mahu menjadi juara dunia MotoGP Perancis yang pertama.

Juara bertahan, Joan Mir ketingalan 67 mata berada di tangga ketiga.

Reaksi pelumba Ducati dari Itali, Francesco Bagnaia meraikan kemenangannya di Grand Prix MotoGP San Marino di Litar Dunia Misano Marco-Simoncelli semalam. – AFP

“Ketika saya melihat Fabio ketinggalan di pusingan awal yang menghampiri saya selama 10 pusingan terakhir, ia sangat sukar, tetapi saya memberikan segalanya,” kata Bagnaia.

“Saya merasa cukup sukar untuk mendapatkan kemenangan MotoGP pertama saya dan sekarang saya telah menang dua berturut-turut, saya sangat gembira.”

Quartararo berkata, “Ia sangat sukar, saya kehilangan masa di pusingan awal. Saya berusaha keras, saya mahukan kemenangan.

“Ini pertama kalinya saya begitu gembira dengan tempat kedua, bukan kerana jurang kejuaraan, tetapi kerana saya memberikan yang terbaik,” tambahnya

Ia adalah podium ke-19 di MotoGP untuk Quatararo, yang paling banyak diraih oleh pelumba Perancis.

“Hebat bagi seorang lelaki Perancis! Bagus, tetapi saya tidak mahu berhenti di situ. Saya bangga dengan langkah ini tetapi ini hanya permulaan. Saya mahu melangkah lebih jauh.” – AFP