Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Bagnaia sasar kemenangan pertama di Argentina

    TERMAS DE RIO HONDO, ARGENTINA, 31 MAC – Juara MotoGP dunia, Francesco Bagnaia menyasarkan kemenangan pertama Ducati di Argentina pada Ahad ini dalam grid yang telah dikurangkan drastik dengan kehilangan empat pelumba yang cedera dalam perlumbaan pembuka musim yang huru-hara di Portugal.

    Bagnaia memperoleh mata maksimum di Algarve dengan memenangi kedua-dua perlumbaan sulung dan acara utama.

    Pemain Itali berusia 26 tahun itu, mengekalkan kedudukannya sementara beberapa pesaingnya terlibat dalam kemalangan.

    Rakan sepasukannya di Ducati, Enea Bastianini, tidak dapat menyertai perlumbaan selepas mengalami patah tulang belikat.

    Veteran Sepanyol, Pol Espargaro pula berdepan rehat yang lama kerana kecederaan paru-paru dan patah tulang rahang dan tulang belakang berikutan kemalangan semasa latihan.

    Juara kelas perdana enam kali, Marc Marquez, diketepikan selepas menjalani pembedahan kelima dalam tempoh kurang tiga tahun berikutan perlanggaran teruk dengan pelumba Aprilia, Miguel Oliveira.

    Marquez, 30, dan pemenang tiga kali di Argentina itu, memerlukan pembedahan untuk membaiki kerosakan di tangan kanannya.

    Bintang Sepanyol itu, yang diejek oleh penonton Portugal selepas insiden dengan Oliveira, juga perlu menjalani penalti dua pusingan panjang pada perlumbaan seterusnya di Amerika Syarikat. – AFP

    Francesco Bagnaia semasa sesi latihan bebas ketiga Grand Prix Portugal MotoGP di Litar Antarabangsa Algarve di Portimao. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...