SEPANG, MALAYSIA, 19 OKT – Pelumba Itali, Francesco Bagnaia berpeluang untuk merealisasikan kemenangan sulungnya dalam kejohanan MotoGP pada hujung minggu ini yang bakal diadakan di Malaysia.
Pelumba dengan jentera Ducati itu memintas kedudukan Fabio Quartararo sebagai pendahulu di dalam carta pada minggu lepas di Australia selepas pelumba dari Perancis itu terbabas, sekali gus memadam rekodnya sebagai penyandang juara dunia.
Pada satu masa dulu, pelumba Yamaha, Quartararo mudah mendahului sebanyak 91 mata di hadapan seterunya.
Namun begitu, Bagnaia sekarang mendahului kejohanan dengan 14 mata di hadapan, dengan berbaki dua perlumbaan yang mana dia akan bergelar juara dunia pada Ahad ini jika dia menang di Sepang dan Quartararo berakhir dengan sekurang-kurangnya kedudukan yang keempat.
“Saya tidak mahu meng-isytiharkannya sekarang, saya mahu kekal tenang,” kata Bagnaia, 25, yang mendapat tempat kedua pada musim lepas di belakang Quartararo, selepas tamat di tempat ketiga di Phillip Island.
“Kami cuma perlu menumpukan sepenuh perhatian untuk perlumbaan seterusnya, tanpa perlu fikirkan mengenai kejuaraan. Kita harus bijak. Teruskan, teruskan, saya tidak mahu berpikir mengenainya (kejohanan),” tambah pelumba Itali itu. – AFP
