Thursday, February 20, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bahan kimia dalam plastik beri risiko penyakit kronik kepada lelaki

    CANBERRA, 13 Julai – Penyelidik Australia mendapati bahan kimia berbahaya dikenali sebagai ftalat (phthalate) yang terdapat di dalam plastik seperti botol minuman telah membawa dan menyumbang kepada risiko penyakit kronik terhadap kaum lelaki, lapor agensi berita China Xinhua.

    Saintis Universiti Adelaide dan Institut Penyelidikan Kesihatan dan Perubatan Australia Selatan, telah menjalankan kajian terhadap 1,500 lelaki, mendapati bahan kimia itu mempunyai kaitan dengan penyakit kardiovaskular, tekanan darah tinggi dan diabetes jenis-2.

    Profesor Madya Universiti Adelaide Zumin Shi berkata, ujian mendapati ftalat telah dikesan di dalam sampel air kencing hampir setiap (99.6 peratus) di kalangan mereka yang terdiridaripada mereka yang berumur 35 tahun ke atas kerana tabiat memakan makanan dibungkus dalam plastik.

    “Kajian tersebut juga mendapati ketiga-tiga jenis penyakit berkenaan lazimnya meningkat dalam kalangan lelaki yang mempunyai paras ftalat lebih tinggi.

    “Kami masih tidak memahami punca sebenar mengapa ftalat dikaitkan dengan penyakit berkenaan meskipun kita mengetahui kesan kimia ke atas sistem endokrin manusia yang mengawal pertumbuhan pembebasan hormon, metabolisme serta perkembangan dan fungsi seksual,” kata Shi dalam satu kenyataan pada Khamis.

    Beliau berkata, adalah sesuatu yang tipikal bahawa tahap ftalat orang di barat lebih tinggi kerana kebanyakkan makanan kini telah dibungkus dalam plastik.

    Sebelum ini, katanya, kajian terdahulu mendapati mereka yang minum minuman ringan dan makan makanan dalam bungkusan, air kencing mereka mempunyai kadar ftalat lebih tinggi berbanding yang mengamalkan pemakanan sihat.

    “Sementara itu, 82 peratus lelaki yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes apabila diuji, didapati hubungan antara tahap ftalat dan penyakit tidak mempunyai perubahan banyak.

    “Kajian turut mendapati faktor sosioekonomi dan gaya hidup seperti merokok dan minum alkohol, apabila dikaitkan dengan tahap ftalat dengan penyakit juga tidak menunjukkan sebarang apa-apa perubahan,” kata Shi.

    Beliau berkata, meskipun banyak lagi kajian lanjut diperlukan, mengurangkan pendedahan ftalat terhadap alam sekitar disusuli amalan gaya hidup lebih sihat dapat membantu mengurangkan risiko penyakit kronik. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda