Bahan kurangkan kesan gigitan ikan jerung diuji

SYDNEY, 29 Jan – Sebuah universiti Australia sedang menguji bahan-bahan baharu yang direka untuk mengurangkan impak gigitan ikan jerung, menurut para penyelidik hari ini dalam satu projek yang bertujuan mengurangkan kematian dan mengulangi rasa gemuruh para perenang.

Para penyelidik di Universiti Flinders di Adelaide menerima pembiayaan kerajaan untuk menguji neoprena iaitu getah sintetik yang lazimnya digunakan pada pakaian selam daripada kekuatan gigitan dari beberapa spesies, termasuklah ikan jerung putih.

Bahan baharu yang disediakan oleh para pengilang yang enggan didedahkan identitinya oleh pihak universiti disasarkan untuk mengurangkan luka dan lubang akibat serangan jerung, yang mengurangkan kehilangan darah bagi mangsa serangan.

“Kami menyedari bahawa ia tidak akan mencegah semua kecederaan memandangkan ia tidak akan mencegah kecederaan patah tulang,” profesor madya Charlie Huveneers memberitahu AFP.

“Bagaimanapun, kebanyakan kematian akibat gigitan jerung adalah disebabkan kehilangan darah dan kemampuan untuk mengurangkan kehilangan darah berserta respons kecemasan pantas akan diharapkan mengurangkan kematian dan kecederaan disebabkan gigitan jerung.”

Meskipun berpuluh-puluh juta kali kunjungan ke pantai di Australia setiap tahun, serangan jerung amat jarang sekali, namun setiap insiden mencetuskan debat awam tentang keselamatan pantai.

Menurut data yang dikumpul oleh Taronga Zoo, Sydney, sebanyak 27 serangan jerung telah berlaku di perairan Australia tahun lalu. – AFP

Beberapa tanda amaran yang memberi peringatan kepada orang awam diletakkan di salah sebuah pantai di Australia. – AFP