Bahang panas, Australia keluar amaran

SYDNEY, 25 JAN – Gelombang panas terik disusuli tiupan angin yang dijangka melanda negeri-negeri tenggara Australia sehingga hari ini boleh mencetuskan risiko kebakaran hutan di seluruh wilayah, lapor agensi berita Xinhua.

Suhu mencecah 40 darjah Celsius di kawasan Riverina di negeri New South Wales (NSW), berisiko menyebabkan kebakaran, ramal Biro Meteorologi.

Sementara itu, perubahan suhu agak rendah dijangka melanda Melbourne, Victoria hari ini selepas beberapa kawasan pinggir bandar mencapai suhu 40 atau 41 darjah Celsius ketika gelombang panas baru-baru ini.

Beberapa bahagian di Victoria dan jabatan perkhidmatan kecemasan tempatan meminta orang ramai tetap mengawasi amaran bahaya kebakaran walaupun berada di luar kawasan larangan pembakaran.

Larangan kebakaran turut diumumkan di Tasmania, di pantai timur negara itu. – Bernama