HANOI, 25 Jan – Tahun baru lunar menyaksikan seluruh Vietnam dihiasi warna merah dan emas lata dengan bendera komunis berkibar megah sebagai lambang patriotik yang dipromosi setiap tahun oleh para pegawai melalui pembesar suara atau lawatan sehingga ke depan pintu.
Walaupun tidak wajib, mereka yang enggan menggantung sepanduk emas berbintang dari tingkap boleh mengundang masalah dengan pihak berkuasa dan kehinaan sosial daripada penyokong setia komunis. Ramai yang patuhi walaupun kebencian kadang-kadang timbul.
“Saya tidak suka dipaksa untuk menggantung bendera. Tetapi pihak berkuasa akan memberitahu kami berulang kali melalui pembesar suara,” seorang penduduk di Hanoi Minh memberitahu AFP.
“Saya tidak mahu masuk mencetuskan masalah, jadi saya hanya melakukan seperti yang saya diberitahu,” kata beliau yang enggan memberikan nama penuh kerana bimbang dengan hukuman.
Tahun baru lunar Tet yang bermula pada Sabtu dan diraikan selama lima hari merupakan salah satu daripada beberapa tarikh penting dalam kalendar negara ini.

“Kebanyakan rumah taat dengan galakan itu kerana mereka tidak mahu menimbulkan masalah,” kata seorang pegawai tempatan, Quan di Hanoi kepada AFP, yang juga enggan memberikan nama penuhnya.
Tradisi menggantung bendera di utara Vietnam bermula sejak 1954, apabila Perancis dihalau dari negara ini selepas kempen sengit yang diketuai oleh wira kemerdekaan Ho Chi Minh.
Pada masa itu, kain rentang telah digantung oleh nasionalis wilayah utara yang patriotik untuk menyambut kemerdekaan.
Selepas berakhirnya Perang Vietnam dan penyatuan pada 1975, kain rentang kuning berbintang menjadi bendera kebangsaan menggantikan di bendera segi empat merah dan biru dengan bintang kuning di selatan yang digunakan oleh tentera yang disokong AS.
Sejak itu, pihak komunis di negara ini mengawal ketat negara sepenuhnya kepada rancangan keindahan dan nasionalisme walaupun semangat lesu dan tidak semua menghargai usaha itu. – AFP