Bahasa minoriti semakin meningkat di Singapura

SINGAPURA – Kevin Martens Wong mengulangi semula perkataan dalam bentuk Kristang, yang merupakan antara beberapa bahasa minoriti di Singapura yang menikmati kehidupan baru selepas penggalakan penggunaan Bahasa Inggeris dan Mandarin selama berdekad lamanya.

“Teng bong, ozi nus prendeh sorti-sorti di tempu,” kata ahli linguistik tersebut memberitahu pelajarnya yang begitu teruja semasa bertutur dalam bahasa rojak antara Bahasa Portugal dan Melayu yang sudah berusia 500 tahun – suatu ucapan, dan maklumat mengenai cuaca.

Bekas ahli perdagangan kolonial British yang telah menelusuri pelbagai jenis budaya, Singapura mempunyai populasi etnik yang pelbagai, yang mana kebanyakan nenek moyang mereka berasal dari seluruh Asia, terutamanya China, India dan kepulauan Melayu.

Pada hari kemerdekaan pada tahun 1965, rakyat Singapura telah bertutur dalam pelbagai bahasa. Bahasa Inggeris adalah bahasa umum, namun kebanyakan mereka menggunakan dialek masyarakat Cina, seperti Hokkien, serta Tamil dari India, Melayu dan bahasa lainnya.

Tetapi pengasas autoritarian perdana menteri Lee Kuan Yew percaya bahawa suatu perubahan adalah perlu untuk memastikan masa depan yang selamat bagi negara itu.

Kevin Martens Wong (kiri), tutor ahli linguistik berusia 25 tahun semasa mengendalikan kelas Bahasa Kristang di dewan perpustakaan nasional, Singapura. – AFP

Beliau telah menjadikan Bahasa Inggeris sebagai pelajaran wajib di sekolah kerana beliau telah meletakkan negara itu sebagai sebuah hab perdagangan dan kewangan global, dan juga ‘bahasa ibunda’ lainnya.

Bagi kaum etnik tempatan Cina, yang kini merupakan sebahagian besar penduduk Singapura, biasanya Mandarin, Lee telah melihat kemajuan China sebagai kuasa dunia. Sementara Tamil atau Melayu adalah bagi penduduk lainnya.

Pada dasarnya, polisi itu cuba lari kepada pembangkang daripada etnik masyarakat Cina, yang sebahagian besarnya didapati berasal daripada keturunan selatan China.

Lee, yang memerintah Singapura selama lebih tiga dekad dan meninggal dunia pada tahun 2015, menyifatkan dalam memoirnya bagaimana beliau terpaksa membangkitkan isu itu.

“Untuk menekankan pentingnya Bahasa Mandarin, saya berhenti membuat ucapan saya dalam bahasa Hokkien,” tulis Lee, yang merupakan etnik masyarakat Cina, manakala kebanyakan siaran TV dan radio yang disiarkan dalam dialek Cina turut dihentikan.

Sekatan tersebut masih dilaksanakan kecuali dalam kes-kes tertentu, seperti siaran berita radio berdialek Cina khusus bagi warga emas yang sukar berbahasa Mandarin.

Bukan bahasa asasi bagi warga bukan-cina, seperti Kristang – yang dituturkan oleh keturunan penjajah Portugal yang telah tiba di Malaysia pada abad ke-16 dan berkahwin dengan penduduk tempatan – juga pudar.

Satu perkara yang tidak disangkakan berkembang adalah ‘Singlish’, sebuah dialek tempatan yang menggabungkan Bahasa Inggeris dengan kata-kata dari pelbagai bahasa yang dituturkan di Singapura. Ia masih digunakan secara meluas, walaupun terdapat usaha rasmi untuk menghalangnya.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, rakyat Singapura telah mula meminati penerokaan bahasa nenek moyang mereka. Selain Kristang, beberapa usaha telah dibuat oleh organisasi yang mempromosikan budaya Cina dan menghidupkan Hokkien. Ia adalah dialek Cina yang paling banyak digunakan di Singapura namun ia kurang diperluaskan, terutamanya dalam kalangan orang muda.

Bahasa minoriti lain yang mendapat perhatian baru termasuklah Baba Malay, yang dituturkan oleh keturunan pendatang Cina yang berkahwin dengan penduduk Melayu tempatan, mencampurkan unsur-unsur Bahasa Melayu dan dialek Cina, dan Boyanese, sebuah bahasa dari sisi penjuru Indonesia.

Pelajar-pelajar dari pelbagai budaya semasa sesi perbincangan perkumpulan dalam kelas Bahasa Kristang mereka di dewan perpustakaan nasional, Singapura. – AFP
Nota yang ditulis dalam bahasa Kristang semasa sesi kelas tersebut di dewan perpustakaan nasional, Singapura. – AFP

Para pemerhati melihat kelonggaran sikap terhadap bahasa-bahasa lama di bandar raya itu yang mempunyai 5.6 juta, yang telah berkembang menjadi salah sebuah masyarakat terkaya dan paling stabil di dunia.

Kebanyakan warga Singapura telah mencapai tahap Bahasa Inggeris yang diingini oleh piawaian antarabangsa, mengurangkan kekhuatiran yang memberi tumpuan kepada lidah bahasa lain yang mana boleh mempengaruhi keupayaan berbahasa Inggeris mereka.

Keinginan golongan muda Singapura untuk menghidupkan semula bahasa tersebut adalah suatu ‘bentuk pengesanan asal-usul’, sementara generasi emasnya pula lebih kepada unsur nostalgia, kata profesor Tan Ying Ying, ketua linguistik di Universiti Teknologi Nanyang Singapura, kepada AFP.

“Ahli bahasa yang bekerja di Australia, New Zealand, dan Amerika Syarikat, telah mengkhaskan rangka kerja dan sistem untuk menghidupkan semula bahasa minoriti yang berada dalam bahaya,” katanya.

“Di Singapura, ketika tiadanya sistem formal seperti itu, rasa keinginan yang bahasa-bahasa ini perlu ‘diselamatkan’ dapat dirasakan oleh masyarakat (penutur) itu sendiri.”

Penuntut-penuntut yang mempelajari Kristang – dituturkan di beberapa bahagian bandar raya Melaka, Malaysia serta Singapura – telah menghadiri kelas-kelas yang diketuai oleh Wong, 25, tiga kali seminggu, terdiri daripada golongan profesional muda hinggalah warga emas.

Salah seorang yang pertama mendaftar di kelas itu ialah nenek Wong, 81, Maureen Martens, yang kehilangan sentuhan Kristang ketika dia berpindah ke Singapura dari Malaysia pada tahun 1952.

“Ini sepatutnya menjadi bahasa saya, warisan saya,” katanya kepada AFP.

“Saya berharap lebih ramai orang akan mempelajarinya, terutamanya seperti cucu saya.” – AFP