Bahaya gunung berapi masih ada

TAGAYTAY, FILIPINA, 16 JAN – Ancaman gunung berapi Taal Filipina meletuskan ledakan yang berpotensi membawa maut masih tinggi, pihak berkuasa memberi amaran hari ini, mengatakan ia menunjukkan tanda bahaya meskipun ‘berhenti’ menghamburkan abu.

Puluhan gempa bumi menggegarkan rantau itu setiap hari dan rekahan besar muncul di beberapa jalan, yang bermaksud magma yang boleh mencetuskan letusan besar masih lagi mengalir di bawah tanah.

Pihak berkuasa bergelut untuk mengekalkan mangsa yang dipindahkan, kira-kira 50,000 daripadanya yang mendapatkan perlindungan selepas Taal meledak pada Ahad, berada jauh dari zon bahaya sekitar gunung berapi.

Orang ramai cuba untuk pulang ke rumah yang mereka tinggalkan dalam keadaan tergesa-gesa untuk bertukar pakaian, memberi makan haiwan ternakan dan memeriksa kerosakan akibat rekahan atau diseliputi abu tebal.

“Tolong benarkan kami memantau tempoh keredaan buat masa ini. Kami sedang mengkaji apakah maksudnya,” kata Maria Antonia Bornas, saintis dari agensi seismologi Filipina memberitahu para wartawan. – AFP

Sekumpulan itik berada dekat bangkai ikan di pesisir kampung nelayan selepas letusan gunung berapi Taal, di Laurel di wilayah Batangas pada 16 Januari. – AFP