Wednesday, December 4, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bahaya ‘makan jalan’ ketika masuk simpang

    Kereta yang memasuki simpang dengan ‘memakan jalan’ pemandu yang hendak keluar simpang adalah satu tindakan yang sangat membahayakan dan boleh mengundang risiko kemalangan kepada pemandu lain.

    Saya sendiri menyaksikan kejadian itu, apabila seorang pemandu yang hendak masuk simpang tetapi dia mengambil belokan yang tidak wajar sehingga berlanggar dengan orang yang hendak keluar simpang.

    Dalam hal ini, pemandu yang hendak masuk simpang tadi sepatutnya tahu mengukur keluasan dan kesempitan jalan tersebut sebelum membuat keputusan untuk masuk.

    Jika jalan masuk sempit, setiap pemandu haruslah bertolak ansur untuk memberi jalan dan tidak pentingkan diri sendiri kerana kita tidak mahu kesudahannya akan berakhir dengan perkara yang tidak diingini.

    Oleh itu, bagi setiap pemandu terutamanya mereka yang baru menerima lesen memandu adalah dinasihatkan untuk terus menitikberatkan keselamatan dan berhemah di jalan raya.

    Semua pengguna perlu memahami bahawa jalan raya bukan untuk mereka saja, tetapi untuk orang lain juga.

    Sikap mementingkan diri sendiri, tergesa-gesa dan memandu laju tanpa mempedulikan keselamatan orang lain wajar dihindari.

    Urang Kitani

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda